Dato' Syed Sobri percaya, wakil rayat yang baik bermula daripada rumah dan masyarakat. Beliau sering mengikuti apa saja majlis yang dijemput kecuali jika berada di tempat jauh. Lebih lanjut >>
Penduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiri Penduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiri PADANG SANAI - Lebih 20 penduduk di Kampung Baru dan Kampung Banggol Sembilan dalam Mukim Batang Tungga... |
Pbank kedah Adun Kuala Nerang mengucapkan terima kasih kepada Pbank kedah kerana sumbangan Pbank kepada mangsa bencana alam di Kuala Nerang... |
Berbasikal bersama wakil rakyat Berbasikal bersama wakil rakyat KUALA NERANG - Seramai 60 kanak-kanak dari Kampung Sena di sini menyertai aktiviti berbasikal bersama Ahli Dewan Undang... |
Peranan Rela penting dalam keselamatan Peranan Rela penting dalam keselamatan KAMPUNG BARU PADANG SANAI - Seramai 70 penduduk sekitar telah menyertai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (... |
Empat beranak hidup melarat Empat beranak hidup melarat KUALA NERANG: "Apabila hujan lebat dan angin kencang, kami anak-beranak duduk berdekatan dan berpelukan kerana bimbang... |
Manfaatkan kursus 5 hari Manfaatkan Kursus 5 hari ALOR STAR: "Terasa seperti bermimpi apabila dimaklumkan penganjur, saya terpilih mengikuti kursus kek dan pastri ini,&quo... |
Acara Terkini
| Tiada Acara |
Bilangan Pelawat
![]() | Hari ini | 43 |
![]() | Semalam | 50 |
![]() | Minggu Ini | 407 |
![]() | Bulan Ini | 227 |
![]() | Keseluruhan | 14769 |
berita TERBARU
2010-03-18
Administrator
Akhbar
PADANG SANAI - Lebih 20 penduduk di
Kampung Baru dan Kampung Banggol Sembilan dalam Mukim Batang Tunggang Kiri di
sini buntu apabila mendapat surat daripada pihak berkuasa yang menyatakan mereka
perlu pindah dan rumah mereka akan diroboh setelah didakwa menceroboh tanah
tersebut.
Taha Isa, 80, berkata, surat yang baru dihantar pada 7 Mac lalu menyatakan
mereka perlu pindah dalam tempoh empat belas hari dan rumah akan diroboh bagi
memberi laluan kepada membaik pulih dan menaik taraf jalan Alor Setar- Kuala
Nerang-Durian Burung dan Missing Link Kedah.
“Pakcik memang tak faham tiba-tiba sahaja dapat surat ini dan diarahkan untuk
merobohkan bangunan kerana kononnya menceroboh tanah rizab jalan.
“Sudah lama pakcik tinggal di sini dan tidak pernah terlintas akan masalah ini
memandangkan pakcik ada geran dan itu sudah cukup membuktikan pakcik duduk atas
tanah sendiri,” katanya.
Menceritakan detik-detik awal pengambilan geran tanah ini, Taha mendapat geran
pada 18 November 1969 di mana ketika itu penduduk dibenarkan memiliki tanah lot
sendiri.
Bagaimanapun, beliau mendapat surat diarah pindah 7 Mac lalu dan telah diberi
masa 14 hari dan ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.
“Pakcik tidak akan pindah jika tidak mendapat pampasan yang sesuai. Mana lagi
hala tuju kami anak-beranak selepas ini apabila pindah sehelai sepinggang.
Tambahan pula ramai saudara mara kami di sini menerima nasib yang sama dan tidak
mempunyai tempat lain untuk mengadu,” katanya.
Bagi Ramlah Awang, 55, beliau runsing memikirkan perkara ini kerana tidak
mempunyai haluan lain setelah kematian suaminya.
“Saya terkejut dan tidak sangka masalah seperti ini akan berlaku. Geran tanah
atas nama suami saya diduduki bersama lima beradik yang lain dan perkara ini
menyusahkan kami semua.
“Sebagai ibu tunggal saya bekerja untuk membesarkan empat orang anak berumur
dari 15 hingga 25 tahun dan harta yang ada cuma tanah ini sahaja untuk kami
semua,” katanya.
Romlah terkilan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah
ini.
Kasa Asli Ismail, 43, menerima tiga pucuk surat menyatakan beliau terpaksa
pindah dan rumah akan diroboh bagi memberi laluan terhadap pembinaan tersebut.
“Kali pertama terima surat pada pertengahan bulan Disember lalu, dan seterusnya
menyusul surat kedua pada 1 Februari lalu dan ketika pada 7 Mac dan kesemua
surat ini mengarahkan saya pindah.
“Pelik dan runsing memikirkan masalah ini kerana ia sepatutnya tidak wujud
kerana kami mempunyai geran tanah yang asal.
“Saya harap pihak yang bertanggungjawab menilai kembali status yang mengatakan
kami menceroboh ini kerana geran tanah yang kami ada membuktikan segalanya,”
katanya.
Sementara itu, bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan (JKKKP) Kampung Baru, Sazalee Abu berkata, setelah dimaklumkan
penduduk mengenai perkara ini beliau menasihati penduduk untuk bersabar dan
tidak membuat tindakan sendiri.
Sazalee berkata, pihaknya menghubungi Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala
Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim untuk tindakan selanjutnya.
“Saya telah menghubungi Datuk Syed Sobri mengenai masalah ini, dan hari ini
beliau datang dan mendengar sendiri luahan penduduk.
“Harapan saya semoga ia dapat diselesaikan dengan elok,” katanya.
Selain itu, Syed Sobri ketika ditemui media berkata, pihaknya kesal dengan
pengurusan Kerajaan Negeri sekarang ini yang sewenang-wenangnya menyuruh
penduduk pindah walaupun mempunyai geran tanah yang sah.
“Saya kesal dengan masalah yang berlaku ini, ia membuktikan pengurusan yang
dibuat tidak cekap dan penduduk menjadi mangsa.
“Kita semua sedia maklum akan perlakuan penduduk kampung yang sememangnya
sensitif mengenai tanah ini dan saya turut kecewa dengan apa yang berlaku ini.
“Sehubungan itu, saya akan mengemukakan surat bantahan kepada Jabatan Kerja Raya
(JKR) dan akan bersemuka sendiri dengan pihak tersebut dan berbincang secara
aman demi kebaikan penduduk di sini,” katanya.
Selain itu, beliau akan menjadi wakil penduduk dan mahu penduduk terus kekal
tinggal di kampung ini serta tidak melakukan sebarang perkara lain.
“Jika ada bayaran setimpal diberi kepada penduduk, saya yakin ia bukan sesuatu
masalah yang besar kerana pampasan yang diterima boleh menjadikan penduduk
membina hidup baru.
“Harapan saya, semoga masalah ini dapat diselesaikan dan kesemua pihak akan
mendapat faedahnya terutama penduduk yang seolah-olah teraniaya,” katanya.
Penduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiriPenduduk buntu diarah keluar dari tanah sendiri PADANG SANAI - Lebih 20 penduduk di Kampung Baru dan... |
2009-10-31
Administrator
Terbaru
Pbank kedahAdun Kuala Nerang mengucapkan terima kasih kepada Pbank kedah kerana sumbangan Pbank kepada mangsa bencana a... |
2010-01-13
Administrator
Akhbar
KUALA NERANG - Seramai 60
kanak-kanak dari Kampung Sena di sini menyertai aktiviti berbasikal bersama Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim
mengelilingi kawasan kampung.
Aktiviti anjuran persatuan Gabungan Ekonomi, Rohani, Ekonomi dan Kemasyarakatan
(GEREK) itu adalah sebagai pengisian masa lapang kanak-kanak yang berumur
lingkungan enam hingga 14 tahun sempena musim cuti sekolah.
Pengerusinya, Mohd Khamirol Hisham Abdullah berkata, masa luang kanak-kanak
berkenaan akan lebih bermakna dengan pengisian aktivti berguna seperti ini.
Mohd Khamirol turut menyuarakan rasa terharu dengan sokongan wakil rakyat yang
sanggup turun padang berbasikal bersama mereka untuk menyampaikan mesej berguna
kepada masyarakat.
“Aktivti berbasikal ini menjadi sangat bermakna kepada kanak-kanak ini apabila
mereka mendapat perhatian daripada pemimpin yang menyokong hasrat murni mereka.
Aktiviti ini walaupun di lihat santai dan bersahaja, namun mesej yang ingin
disampaikan adalah simbolik, lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak yang
menyertainya,”katanya.
Menurutnya, mereka berkonvoi mengelilingi lima kawasan bermula dari Kampung Sena,
Bakong, Semeliang, Pekan Kuala Nerang dan berakhir di Terap ini sejauh 15
kilometer.
Mohd Khamirol berkata, kanak-kanak itu juga berpeluang beramah mesra dengan
wakil rakyat dalam suasana tidak formal selain mendapat kata-kata semangat dan
nasihat untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya.
Menurutnya, aktiviti seumpama ini dapat menarik minat kanak-kanak ini menghargai
kehidupan dan kejiranan setempat yang ada di persekitaran mereka dan
menghayatinya.
Mohd Khamirul berkata, selain menjaga kesihatanbadan dengan berbasikal,
kanak-kanak ini juga boleh mengetahui keindahan alam semulajadi sekeliling yang
mungkin terlepas pandang oleh mereka sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai
murni kepada anak masing-masing agar boleh digunakan sebagai pegangan hidup masa
hadapan dengan terjamin.
"Kita hanya boleh merancang agenda untuk mereka. Oleh itu, hanya mereka sahaja
yang boleh menjayakan program tersebut dan cliharapkan selepas ini mereka boleh
berfikiran jauh ke hadapan dan akan dibantu oleh masyarakat sekeliling,"katanya
Berbasikal bersama wakil rakyatBerbasikal bersama wakil rakyat KUALA NERANG - Seramai 60 kanak-kanak dari Kampung Sena di sini menyert... |
2010-01-13
Administrator
Akhbar
KAMPUNG BARU PADANG SANAI - Seramai
70 penduduk sekitar telah menyertai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela)
dalam daerah Padang Terap dalam usaha untuk meningkatkan ketenteraman setempat.
Pegawai Rela daerah, Lt Kol Samsudin Mohd Saad berkata, dengan kemasukan ahli
baru itu, bilangan ahli yang telah menyertai pasukan Rela daerah telah meningkat
kepada 2,270.
Menurutnya, ini adalah satu perkembangan yang baik kerana masyarakat mula sedar
akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam menjaga keamanan setempat.
Katanya, pasukan Rela kini mula memainkan peranan dalam mengatasi masalah
setempat agar ianya dapat dikawal serta membantu penduduk jika berlakunya
sesuatu perkara di luar kawalan penduduk.
"Saya berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan penduduk setempat untuk
menyertai pasukan Rela, ianya secara tidak langsung menjadikan kawasan kita
terjamin keselamatannya.
"Selain itu, saya melihat satu peningkatan positif dalam jiwa belia kita kini
yang mahu menyahut seruan kerajaan menyertai pasukan keselamatan itu untuk
pengisian jiwa dan rohani mereka," katanya.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa pasukan Rela juga adalah antara tulang
belakang membantu mengawal kesejahteraan sesuatu tempat.
Belia berkata, peranan ahli baru dalam pasukan Rela menjadikan mereka semakin
berjiwa patriotik dan cintakan negara serta sentiasa berusaha untuk
merealisasikan wawasan negara.
Sementara itu, beliau mengharapkan agar ahli baru ini mengetahui peranan mereka
dalam masyarakat dan tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.
"Kita harus tahu akan sasaran yang mahu dituju dan saya mengharapkan akan ada
lebih ramai penduduk mahu menyertai pasukan Rela ini kerana ianya adalah untuk
kebajikan dan kesejahteraan bersama dalam satu kawasan," katanya.
Sementara itu, majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang turut
menyampaikan kenaikan pangkat kepada dua anggota yang dilantik menjadi Ketua
Platun.
Peranan Rela penting dalam keselamatanPeranan Rela penting dalam keselamatan KAMPUNG BARU PADANG SANAI - Seramai 70 penduduk sekitar telah me... |
2010-01-13
Administrator
Akhbar
KUALA NERANG: "Apabila hujan lebat
dan angin kencang, kami anak-beranak duduk berdekatan dan berpelukan kerana
bimbang dinding rumah yang sudah reput jatuh menimpa kami," kata Nor Azlina
Ismail, 24, ibu kepada dua anak perempuan yang hidup dalam kedaifan di Kampung
Perik, di sini.
Sejak enam tahun lalu, Nor Azlina dan suaminya, Hud Isa, 37, mendiami rumah
usang peninggalan arwah datuk dan neneknya yang meninggal dunia kira-kira 10
tahun lalu.
D isebabkan kesempitan hidup, mereka sekeluarga terpaksa menumpang teduh di
rumah pusaka berkenaan yang daif tanpa bekalan elektrik dan air.
Lebih menyedihkan, rumah yang sempit itu menjadi tempat mereka membesarkan dua
anak perempuan, Fatin Nabila, 5, dan Fatin Najiha, setahun.
Nor Azlina berkata, bekalan elektrik ketika ini diperoleh melalui sambungan
rumah bapanya yang terletak kurang 500 meter, manakala sumber air diperoleh
daripada telaga lama yang terletak di tepi rumahnya
"Bayangkan atap rumah ini hampir semua sudah bocor dan terbuka luas. Anak saya
sering menangis ketakutan terutama ketika hujan lebat dan rebut kerana papan dan
bumbung akan bergegar dan berbunyi seakan mahu runtuh.
"Ketika suami tiada di rumah terutama jika hujan lebat saya dan anak akan
menumpang sementara di rumah ibu bapa kerana bimbang is runtuh," katanya.
Nor Azlina berkata, keadaan rumah itu semakin hari semakin teruk apabila
dindingnya mula dimakan anai-anai dan sebahagian besarnya pula sudah reput.
"Ruang rumah ini sangat sempit dan di sinilah jugalah tempat tidur, makan dan
ruang tamu kami.
"Tandas di belakang rumah juga sudah rosak teruk, selain keadaan simen yang
berlopak dan retak dengan sebahagian besar dinding kayunya pula hampir reput.
"Jika hujan lebat, saya akan mengalihkan tilam dan batal kami, jika tidak ia
akan basah kerana tempias air hujan masuk daripada celah dinding kayu yang
lompong itu,"
pendapatan suami menjual cili api, paku-pakis dan pokok ulam-ulaman hanya
sekadar mampu menyara makan dan minum mereka sekeluarga.
Tinjauan Berita Harlan di rumah itu mendapati, selain hidup dalam serba daif,
keluarga berkenaan terdedah dengan ancaman penyakit demam denggi berikutan lopak
air bertakung di sekeliling rumah berkenaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk
aedes.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri
Syed Hashim, berkata keluarga itu akan menerima bantuan daripada Jabatan
Pembangunan Negeri untuk membina rumah baru yang lebih selesa.
"Kita akan mendirikan rumah baru di tapak berdekatan rumah sedia ada dengan
harga RM30,000.
"Selain itu, pejabat Adun Kuala Nerang juga akan membantu keluarga ini
mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan beban
mereka," katanya.
Empat beranak hidup melaratEmpat beranak hidup melarat KUALA NERANG: "Apabila hujan lebat dan angin kencang, kami anak-berana... |
2010-01-13
Administrator
Akhbar
ALOR STAR: "Terasa seperti bermimpi
apabila dimaklumkan penganjur, saya terpilih mengikuti kursus kek dan pastri ini,"
kata Puziah Khalid, 28, yang mengikuti program membasmi kemiskinan melalui
Kursus Menjana Pendapatan anjuran Pusat Giat Mara Pokok Sena/Padang Terap, di
sini, semalam.
Puziah yang kudung kedua-dua kaki sejak dilahirkan berkata, dia bercita-cita
membuka perniagaan kecil-kecilan dan berharap dapat menjalankan perniagaan kek
dan pastri selepas tamat kursus berkenaan.
"Sebenarnya, keluarga tidak membenarkan saya ikuti kursus ini kerana bimbangkan
keadaan saya, apatah lagi tidak pernah berpisah atau mengikuti sebarang kursus
sebelum ini."Namun, selepas diyakinkan penganjur, saya dibenarkan mengikuti
kursus ini, malah ibu sendiri menghantar saya ke sini," katanya.
Sementara itu, Pengurus Giat Mara Pokok Sena, Zubir Yahaya, berkata seramai 30
peserta dari daerah Pokok Sena mengikuti kursus masakan India Muslim manakala
Puziah dan peserta dari Padang Terap menjalani kursus kek serta pastri.
Katanya, kursus lima hari itu membabitkan peserta dari dua daerah berkenaan yang
dipilih berdasarkan senarai diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah.
Menurutnya, pihaknya memperuntukkan RM180,000 untuk dua kursus berkenaan yang
memberi peluang setiap peserta mempelajari teknik dan cara menghasilkan masakan
berkenaan.
Manfaatkan kursus 5 hariManfaatkan Kursus 5 hari ALOR STAR: "Terasa seperti bermimpi apabila dimaklumkan penganjur, saya t... |
2009-12-28
Administrator
Terbaru
Pertandingan muzik silat bakuPertangingan silat tari & pertandingan muzik silat baku peringkat negeri kedah. Anjuran : Pejabat Adun Kua... |
2009-12-28
Administrator
Terbaru
Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka)Pertangingan silat tari & pertandingan muzik silat baku peringkat negeri kedah. Anjuran : Pejabat Adun Kua... |















